Wednesday, December 16, 2009

Gerak kerja mencapai Hala Tuju HPA 2010 sudah dimulai di HPA Bera dan HPA Temerloh..


PJM Hj Khalid Iskri sedang menyampaikan Halatuju HPA 2010.
Saya tiada dalam gambar sebab merangkap 'cameraman'..
sempat berkongsi profile syarikat dan pengalaman..



Tahniah! PJ Shahrul yang berjaya meramaikan kehadiran
di program 'AdHoc' di HPA Bera dan Temerloh..


Tahniah juga kepada sebahagian pengedar yang khusyuk mendengar..
walaupun datang dari jauh..hingga ke Felda Cemomoi dan Jengka..

Saturday, June 27, 2009

Tahniah! HPA Terima Anugerah Inovasi Jaya 2009 peringkat negeri Perlis.













Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganugerahkan HPA Anugerah Inovasi Jaya bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2009. Tahniah HPA!

HARIAN METRO: KO Wahida sah keluarkan 14% dan insyallah 20% pada tahun hadapan.



KOPERASI Wahida HPA atau KoHPA, koperasi ditubuhkan syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) sejak tiga tahun lalu, mengumumkan dividen sebanyak 14 peratus kepada pelaburnya bagi tahun modal saham berakhir 30 Jun 2008.

Dividen empat peratus lebih tinggi berbanding tahun modal saham berakhir 30 Jun 2007 itu diumumkan ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 pada 20 Jun lalu di Hotel De Palma Ampang, Selangor.Mesyuarat dihadiri lebih 90 perwakilan dari setiap zon iaitu Utara, Timur, Selatan, Tengah, Borneo dan staf HPA dengan dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, La’anain Jamil.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi KoHPA, Mohd Faisol Abdul Rahman, yang turut mengumumkan koperasi berkenaan mencatatkan keuntungan lebih RM1 juta bagi tahun kewangan berkenaan hasil daripada pelaburan dalam perniagaan Kopi Radix dan ayam organik yang dikeluarkan HPA.

Beliau yang juga Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM) Malaysia dan Indonesia iaitu unit bertanggungjawab terhadap pemasaran dan jualan produk di dalam HPA berkata, KoHPA akan meneruskan pelaburan di dalam industri yang dirasakan selamat tetapi mampu mencatatkan keuntungan besar di dalam HPA.

“Antara Laporan Projek 2010 terhadap unjuran keuntungan yang bakal diperoleh KoHPA ialah melalui pelaburan dalam Kopi Radix kerana terbukti kopi adunan daripada tujuh jenis herba keluaran HPA ini adalah kopi segera terlaris di Malaysia dan kini turut popular di Indonesia menerusi program `Groom Big’ yang dilancarkan HPA di Indonesia.“

Kita juga akan melabur dalam beberapa projek besar HPA seperti ayam organik, makanan ayam, Radix Fried Chicken (RFC) dan skim Takaful,” katanya.

Tuesday, June 2, 2009

Gelatin miliki multifungsi

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR | khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri.




IA dihasilkan melalui proses hidrolisis daripada kulit, tulang dan usus haiwan mamalia seperti babi, lembu atau kerbau. Justeru, gelatin merupakan protein tulen yang dianggap sebagai bahan paling ajaib di dunia.

Ini kerana boleh dikatakan, tanpa gelatin kehidupan kita tidak akan lengkap kerana bahan ini mempunyai pelbagai fungsi yang sukar dinafikan kehebatannya.


KAPSUL gel lembut dalam produk farmaseutikal menggunakan gelatin untuk dihasilkan.


Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Makanan dan Teknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jamilah Bakar, keunikan fungsi gelatin menyebabkan ia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bahan lain di dunia.

"Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri.

"Contohnya dalam industri makanan, gelatin digunakan untuk berfungsi sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, egen pembuih, penahan lembapan, pembaik tekstur dan egen pengikat yang menjadikan sesuatu makanan kelihatan dan dilihat lebih baik.

"Oleh itu, tanpa gelatin sesetengah produk mungkin tidak dapat dihasilkan," kata Jamilah mengenai kehebatan gelatin ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.


PROSES keluar dan masuk aiskrim dari peti sejuk tidak menjejaskan rasa dan kehalusan tekstur jika aiskrim mempunyai gelatin.


Beliau telah menjalankan kajian ke atas gelatin yang diekstrak daripada sisik ikan patin sejak sembilan tahun lalu dan masih meneruskannya sehingga hari ini.

Berdasarkan sejarah, gelatin telah digunakan oleh manusia sejak beratus-ratus tahun lalu dalam aspek pemakanan di negara-negara Eropah.

Namun, seiring dengan peredaran zaman, kegunaan gelatin juga telah diperluaskan ke dalam industri tertentu seperti farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan dan sebagainya.

"Ini kerana gelatin merupakan bahan semula jadi yang tidak terjejas dengan apa juga suhu. Sama ada dalam suhu yang paling sejuk di bawah paras negatif darjah celsius hinggalah pada suhu paling panas, ia langsung tidak terkesan.

"Sebab itulah, jika sesuatu bahan dicampurkan gelatin, ia akan sentiasa kekal seperti sewaktu dibeli. Contoh paling mudah ialah aiskrim. Jika tiada gelatin, aiskrim tersebut akan mudah cair dan teksturnya bertukar menjadi kasar apabila melalui proses dikeluar dan dimasukkan ke dalam peti sejuk berulang kali.

"Dengan penggunaan gelatin di dalam aiskrim, ia akan menjadi agen pembaik tekstur dengan memekatkan aiskrim agar lebih tahan lama dan sedap dimakan," ujar Jamilah sambil menambah gelatin mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol walaupun diambil dalam jumlah yang banyak.


CARTA menunjukkan kira-kira 500,000 ribu ekor haiwan bovine diperlukan bagi tempoh setahun untuk menghasilkan 1,500 tan metrik gelatin.


Selain daripada aiskrim, barang makanan yang biasa menggunakan campuran gelatin adalah jeli, coklat, gula-gula lembut, marshmallow, toffee, gula-gula getah, yogurt, keju, mentega dan produk daging.

Bagi industri farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras, kapsul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan manakala dalam industri kosmetik pula, ia termasuklah produk penjagaan kulit, alat solek, pengilat kuku dan krim muka.

Tidak ketinggalan, industri fotografi turut menggunakan gelatin dalam menghasilkan filem gambar, kertas cetak, filem x-ray dan sebagainya. Sementara itu, penggunaan gelatin juga melibatkan industri teknikal dan sukan seperti pengeluaran kertas, pembuatan kotak, mancis dan paintball.


BUKAN sahaja krim wajah atau gel lembut malah mancis juga memerlukan gelatin sebagai pelengkap produk.






GELATIN bertindak sebagai agen pengikat dalam tablet ubat-ubatan.



AISKRIM yang tidak mengandungi gelatin mudah cair dan mempunyai tekstur yang kasar. - Gambar hiasan



GULA-GULA marshmallow termasuk antara produk makanan yang mempunyai gelatin.


Dalam pada itu, Prof. Abd. Karim Alias, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah dari Fakulti Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata, terdapat dua jenis gelatin yang dihasilkan di seluruh dunia iaitu jenis A dan B.

"Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan porsine atau tidak halal iaitu babi. Gelatin jenis ini diproses menggunakan asid dan ia boleh menghasilkan kuantiti gelatin yang banyak dan berkualiti.

"Untuk gelatin jenis B pula, ia diproses menggunakan alkali atau air kapur dan menggunakan sumber tulang serta kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.

"Bagaimanapun, gelatin yang dihasilkan daripada haiwan-haiwan ini agak sedikit kuantitinya berbanding dengan babi. Justeru, masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam adalah bagaimana mengetahui produk gelatin yang digunakan itu halal atau tidak?

"Ini merupakan persoalan penting yang harus diteliti kerana kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa adakah gelatin yang digunakan itu disahkan halal atau sebaliknya memandangkan kita kurang mengambil berat mengenai masalah tersebut," jelas Abd. Karim.

Tambahnya, sehingga kini Malaysia masih belum dapat menghasilkan gelatin sendiri. Semua gelatin yang ada merupakan produk yang diimport dari luar negara.

Justeru, dengan peningkatan populasi umat Islam hari ini, permintaan terhadap gelatin halal juga perlu diutamakan.

"Harus diingat, jika sumber gelatin diambil daripada haiwan halal seperti lembu, kerbau atau kambing, tetapi cara penyembelihan haiwan tersebut tidak menepati syariat Islam, ia tetap daripada sumber yang haram," jelas Abd. Karim yang banyak menjalankan kajian menghasilkan gelatin dari sumber lain seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan.

Apa yang membuatkan gelatin begitu istimewa ialah ia mengandungi 84 hingga 90 peratus protein tulen, lebih kurang dua peratus garam mineral dan selebihnya adalah air.

Disebabkan kandungannya itulah, maka gelatin tidak mempunyai kolesterol dan bahan pengawet atau aditif berbanding dengan agar-agar, gam Arab dan gam locus yang mengandungi karbohidrat.

Antara nama gelatin yang biasa digunakan pada label sesuatu produk adalah gelatin, gelatin halal, bovin gelatin, gum base, pengemulsi, penstabil dan E441.

Proses untuk menghasilkan gelatin mengambil tempoh yang agak lama. Terdapat tujuh langkah yang perlu dilakukan sebelum gelatin berjaya dihasilkan iaitu proses pra-rawatan, direndam dalam asid atau alkali, diekstrak, pembersihan, kawalan kualiti, pensterilan dan pengeringan.

Kesemua langkah itu mengambil masa 60 hingga 80 hari untuk menghasilkan satu lot gelatin.

Friday, May 22, 2009

Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'

Azamin Amin
Fri | May 22, 09 | 10:05:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat,

"Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof.

Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia.

"Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lenih 25 jenis penyakit," katanya.

Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu".

"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918," katanya

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit.

Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya.

"Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi.

Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak.

"Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.

"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

"Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.

"Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya. - azm _

Monday, May 18, 2009

AWAS!! Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi. Dijual di pasaran luar Perak!

Oleh KUMARA SABAPATTY |kumara.sabapatty@kosmo.com.my
SEORANG penduduk, Azmi Yunus menunjukkan salah satu kolam ternakan ikan keli yang menggunakan air kumbahan babi di sebuah kawasan dekat Ipoh semalam.





IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.




Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.

Monday, April 27, 2009

Tangkap doktor baca akhbar - Punca ramai pesakit menunggu tetapi tidak dipanggil masuk


PEMANDANGAN biasa orang ramai menunggu untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan HKL.



KERATAN muka depan Kosmo! 20 Ogos 2008.


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan semalam 'menangkap' dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).

"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi.

"Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan,'' kata Saravanan, yang jelas kelihatan kesal, kepada Bernama.

Saravanan berkata, beliau menegur doktor terbabit kerana kelakuan mereka dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, yang muncul 30 minit kemudian.